Saturday, June 5, 2010

YAHUDI

Saya telah membaca sebuah buku berkenaan dengan asal-usul bangsa Yahudi (Jew) dan sebab musabab mengapa mereka anggap Palestin adalah negara mereka. Buku tersebut telah dibaca pada tahun 2008 dan saya amat berharap yang saya masih mengingati ceritanya. Ada yang kata Yahudi adalah sebenarnya salah satu puak terbesar dalam Bani Izrael yang dikenali sebagai Yahuda. Ada pula yang kata semasa mereka menjadi pengikut nabi yang terpilih, mereka dikenali sebagai Bani Izrael tetapi bila mereka enggan mengakui akan kerasulan nabi tersebut mereka digelar yahudi. Tapi apa yang saya ingin terangkan di sini adalah Palestin memang kepunyaan asal Bani Izrael. Pada masa itu Bani Izrael adalah kaum yang sangat lemah maka tanah mereka dirampas oleh bangsa Palestin di mana rajanya adalah Jalut. Kemudian bani Izrael telah mendapat petunjuk untuk melantik orang biasa yang dikenali sebagai Talut sebagai raja. Maka berlakulah peperangan. Pada ketika itu, Talut telah membuat pengumuman iaitu sesiapa yang dapat membunuh Raja Jalut akan dikahwinkan dengan anaknya. Muncullah seorang budak dengan lastiknya yang berikrar akan membunuh Raja Jalut. Budak itupun menyeru Raja Jalut untuk bertarung dengannya. Bila batu yang dilastik terkena kepala Jalut maka matilah dia. Budak itu adalah Nabi Daud. Selepas itu Nabi Daud (known as David in Bible) menjadi raja untuk kerajaan Bani Izrael. Kemudian anak Baginda, Nabi Sulaiman (known as Solomon)memerintah kerajaan tersebut. Sehinggalah akhirnya kerajaan Bani Izrael diperintah oleh beberapa hakim. Hakim-hakim inilah yang melemahkan kerajaan tersebut sehingga ia dijajah semula oleh bangsa Palestin yang sangat kuat. Lemahnya bani Izrael sehingga mereka menjadi hamba kepada bangsa yang lain termasuk Mesir. Kemudian lahirlah Nabi Musa (known as Moses) sebagai penyelamat kaum tersebut. Maka baginda membawa keluar kaumnya dari Mesir sehinggalah kejadian Laut Merah yang terbelah menjadi jalan yang terbentang luas(Baginda menggunakan tongkat mukjizat). Malang buat Raja Firaun dan pahlawannya yang lemas di dalam Laut Merah tersebut semasa cuba mengejar Nabi Musa dan pengikutnya. Kemudian Nabi Musa meneruskan perjalanan bersama pengikutnya sehinggalah mereka sampai ke satu tempat (Palestin). Baginda mengajak pengikutnya masuk ke negara tersebut tetapi mereka enggan. Mereka meminta Nabi Musa menghantar seseorang untuk melihat penduduk di negara tersebut terlebih dahulu. Bila diketahui penduduknya terdiri daripada orang yang gagah dan kuat, mereka menyuruh Nabi Musa masuk ke negara tersebut dan berjuang seorang diri. Jika berjaya, barulah Nabi Musa boleh memanggil mereka masuk ke negara tersebut. Nabi Musa sangat murka akan sikap kaumnya sehinggalah turun ayat Quran yang maksudnya lebih kurang"Bertebaranlah kamu di muka bumi ini sehingga kamu menjadi bangsa yang kuat. Barulah dapat memasuki negara ini." Maka kesemua bangsa tersebut tidak tinggal di satu tempat. Mereka tinggal di negara-negara besar. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling cerdik(genius). Disebabkan kecerdikan mereka, mereka dapat memegang kuasa besar dari segi ketenteraan, hiburan dan ekonomi tidak kira di negara Perancis, Amerika mahupun Britain. Bila mereka sudah menjadi bangsa yang kuat, mereka telah berjaya merampas Palestin semula setelah beribu tahun menumpang di negara orang. Memang benar Palestin adalah negara asal mereka tetapi mereka tidak wajar menzalimi penduduk Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak. Apa yang telah bangsa Yahudi lakukan adalah seperti mereka ingin menghapuskan bangsa Palestin di muka bumi ini. Ia seolah-olah mereka ingin membalas dendam untuk nenek moyang mereka. Ia suatu perbuatan yang sangat zalim dan tidak bertamadun!

No comments:

Post a Comment